" F l o w e r "

Aina's Blog ✿

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "




Kisah di sebalik Facebook}
Saturday, February 22, 2014 | 4:21 PM | 0Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Harini nk share pasal Facebook untuk dijadikan iktibar untuk kita semua yg bergelar Muslim :)

Mark Elliot Zuckerberg yg menjadi CEO facebook pada mulanya seorang pengaturcara komputer dan peniaga internet seperti diketahui adalah seorang Yahudi. Facebook dibangunkan pada tahun 2004 oleh beliau dan teman sekuliahnya ketika menjadi mahasiswa di Universiti Harvard.

Ada pihak yg mengaitkan Wall di Facebook adalah berdasarkan The Wailing Wall atau dlm bahasa Melayu "Tembok Ratapan". Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Tembok Meratap atau Tembok Barat adalah satu tempat yg penting dan dianggap suci oleh orang yahudi mahupun muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yg dibangunkan oleh Nabi Sulaiman a.s, putera Nabi Daud. Bagi umat muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian daripada dasar binaan Masjid Al-Aqsa dan Masjid Omar dan diyakini sbg gerbang tempat berangkat Nabi Muhammad SAW dari Baitulmuqaddis ke Syurga(mikraj) dgn menaiki Buraq.

Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 m. Org yahudi percaya bahawa tembok ini tidak hancur sbb di situlah terletaknya "Shekhinah" (Arab: Sakinah) (kehadiran Ilahi). Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dgn berdoa kepada Tuhan. Tembok ini dulunya dikenali sebagai Tembok Ratapan, tetapi kini disebut Tembok Ratapan kerana di situlah destinasi suci untuk org Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dgn penuh penyesalan.


Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yg ditulis pada sepotong kertas lalu disisipkan pada celah celah dinding itu. Hati-hatilah sahabat, tanpa kita sedari, mungkin kita lebih banyak mengadu di FB daripada mengadu kepada Allah SWT, lebih mengutamakan "update" status daripada bersolat dan berzikir kepada Allah SWT.

Copied from Diari Muslimah.


Syukran Jazilan. Yang buruk datangnya daripada saya. Yang baik datangnya dari Allah SWT :) Assalamualaikum..